- Sesungguhnya Aku Allah tiada Tuhan selain Aku maka sembahlah Aku ( Yakin terhadap hakikat kalimah( La ilaha Illa Allah).
- Dirikan solat umtuk ingat Allah ( Solat khusyu' wal khudu')
- Pergilah kamu dan saudaramu (Harun as) dengan ayat-ayat Ku dan jangan lupa untuk ingat Aku ( Ilmu ma'a Dzikir)
- Berkatalah kepada Firaun dengan lemah lembut (Ikramul Muslimin)
- Aku pilih engkau untuk diriKu ( Tashhiihunniyah, amal semata kerana Allah)
- Pergilah kamu kepada Firaun kerana dia telah melampaui batas (Dakwah dan Tabligh)
Isnin, 9 Disember 2013
Jom Belajar Enam Sifat
Enam sifat ada dalam Surah Thaha yakni pesan Allah SWT kepada Nabi Musa as sebelum berdakwah kepada Firaun, Samiri, Hamman , Baslam, Qorun.
Jumaat, 29 November 2013
Mama... Papa... Anakmu Merinduimu..
Aku termenung sendirian.. aku mengingati waktu-waktu indah bersamanya.. aku tersenyum..namun dalam diri hati menangis, sebak..ma..pa...kak su rindukanmu..
Ma..kasih sayangmu tidak ternilai terhadap anakmu.. Kasih sayang dan cintamu telah hadir sejak aku masih belum melihat dunia, disaat aku masih di dalam perutmu lagi, kau telah memberi kasih sayangmu terhadapku walau kita belum bertemu muka.
Pa.. pengorbanan mu serta keprihatinanmu terhadap anak-anakmu sungguh membuatku kagum terhadapmu. Kau membesarkan anakmu dengan ketegasan namun dialasi dengan kasih sayangmu..

Teringat kembali ketikaku masih di usia kanak-kanak..
Mama selalu melayan karenah tanpa jemu.. Teringat mama yang menyuapkanku, memandikanku, membersihkan pakaianku, mengajarku membaca, menyediakan sarapan dan setiap hari untukku, . Di saat aku bersikap cerewet, mama sabar melayanku, .Teringat sewaktu sekolah tadika,KAFA, dan di waktu sekolah rendah,Setiap hari ke sekolah , mama telah siapkan pakaian yang bersih dan kemas yang siap bergosok untukku..Kata mama "mama tak mahu biarkan anak-anak mama nampak selekeh, mama mahu anak-anak mama sentiasa bersih"..mama menyikat rambutku dengan kemas mengikut kesukaanku, mama memakaikanku tudung, Sungguh, mama melayanku seperti seorang puteri.. ya.. memang aku puteri mama yang sangat cintakan mama dan mama adalah permaisuriku. Mama dulu suka menghadiahkan aku dengan bermacam-macam jika aku mendapat tempat top 3 di kelas.. banyak dari hadiah mama ialah buku sebab mama tahu aku minat membaca..tapi hadiah yang aku ingat sekali ialah telekung pertama mama hadiahkan hasil jahitan mama sendiri. Hati kanak-kanak ku seronok sangat pada masa itu. Telekung itulah yang kubawa ke mana-mana, ke sekolah, ke KAFA.. tapi sekarang confirm sangat dah tak muat ..hehe
Bila aku sakit, mama lah orang yang akan menjagaku. Teringat kembali, bila penyakit asmaku datang, mama lah orang yang tidak tidur menjagaku.. mama sanggup berjaga untuk memastikan aku tidur dengan selesa. mama akan tidur di tepiku sambil memastikan aku bernafas dengan baik.. Kini, aku jauh dari mama,. bilamana aku sakit , mama tidak ada disampingku,aku rindu belaian mama tapi bila mendengar suara mama di telefon,sakitku terasa hilang. Baru-baru ini Allah mengujiku dengan demam dan sakit-sakit tulang yang membuatku sukar berdiri. Tidak selera makan, tapi satu resepi yang membuatku rindu hendak makan yang membuatku berselera hendak makan...apa? BUBUR MAMA:).. Tapi mama aku duk jauh dari mama;(.. Aku pun gagahkan jua berdiri walau terasa ingin jatuh.. aku masak bubur sendiri.. bubur siap dan aku pun makan...tapi...biarpun masak bubur ni simple tapi tak sama rasanya dengan bubur mama yang penuh dengan perisa kasih sayang. .Dengan rasa lemah ku suapkan juga bubur yang kumasak ke mulutku, tapi tiba-tiba kusedari airmataku mengalir..'ma, kak su rindu. masakan kak su tidak sesedap masakan mama'. .Aku menolak kembali pingganku ke tepi.
Terlalu banyak mama telah korbankan untuk aku.. Mama selalu memujuk, memberi semangat untukku serta memberi dorongan di saat aku tidak yakin dengan diri sendiri. ma....:(
Papa pula tidak jemu menasihati anak-anaknya, . tidak jemu memberi semangat untukku.. Teringat juga , papa lah yang menjadi 'cikgu' di rumah buatku.. Dia mengajar mengenal huruf ABC, membaca dan menulis.. dulu, papa akan memanggil kami sorang2 untuk membaca(hafal) sifir di depannya. .Papa juga akan memeriksa kerja-kerja sekolah kami, setiap kali kami ujian atau peperiksaan di sekolah,kertas yang telah ditanda dan diberi markah oleh guru, mesti diberi kepada papa di rumah untuk papa lihat. papa memang akan memarahi bila mendapat markah rendah .. Tapi kutahu disamping ketegasan papa itu ialah kasih sayangnya yang ingin melihat anaknya berjaya.
Papa selalu memberi aku kekuatan bilamana aku melihat wajahnya. Aku dapat rasa penat lelah papa untuk mencari rezeki untuk kami. Tekadang aku melihat keletihan, peluh di wajahnya serta kesedihan papa dari matanya. Papa selau memberi semangat kepadaku.. Walau aku gagal mencapai targetku, papa lah yang memberi aku semangat agar tidak berputus asa. . Dia takkan biarkan aku terus kecewa. malah dia akan menyalakan lagi semangatku.pa...;(
Ya Allah,
Kau ampunilah dosa-sosaku,
Kau ampunilah dosa kedua ibu bapaku,
Kasihilah mereka sepertimana mereka mengasihiku dan menyanyangiku waktu kecilku.
Aamiin..
pa,ma....Andainya anakmu tidak berjaya di dunia.. Tetapi ingatlah.. anakmu akan berusaha menjadi anak solehah yang sentiasa mendoakan mama dan papa.. Anak mu akan berusaha mencapai kejayaan Akhirat .. in Sha Allah.. doakan anakmu... Semoga anak-anakmu akan sentiasa menjadi penyejuk mata dan penawar resah hatimu.. .Aamiin
Khamis, 28 November 2013
PENGHIJRAANKU.. demi menggapai Mardhatillah
Bilamana aku BERUBAH, dari sejarah kehidupan yang kelam kepada peribadi hari ini yg cerah,janganlah kalian berasa pelik dan ragu-ragu dengan penghijraanku. Jika dirimu masih tidak mampu mempercayaiku, cukuplah Allah sebagai saksi, Yang menghitungku, bukan kamu, dan bukan aku... Tetapi Allah SWT.
Moga amalanku sebagai mujahidah yang banyak kekurangannya ini diterima Allah dan dilaksanakan dengan ikhlas, jauh dari pakaian para munafik dan riak..
Moga amalanku sebagai mujahidah yang banyak kekurangannya ini diterima Allah dan dilaksanakan dengan ikhlas, jauh dari pakaian para munafik dan riak..
Akulah hamba yang fakir dalam beramal. Tetapi kaya dengan dosa yang tidak terhitung. Terimalah aku ya Rabb, kurniakan Baku jiwa yang ampuh imannya, redhaMU adalah impianku..
Assalamualaikum w.b.t ...In Sha Allah ..hari ini ana nak kongsi satu cerita dari seorang muslimah sebagai dorongan untuk kita lebih bersemangat hijrah diri. .Bukan kerana mengharap pujian dan penghargaan dari manusia ..tapi kerana apa? kerana ALLAH... Redha Allah adalah matlamat kita....
"Assalamualaikum.. saya dulu seorang yang tidak menutup aurat dengan sempurna..Saya memakai tudung tetapi tidak labuh menutupi(singkat), saya memakai jeans ketat, saya bertudung tapi memakai baju lengan pendek dan guna handsock, saya bertudung tapi baju kurang longgar, saya brtudung tapi tidak berstokin.. Tetapi diri saya masa itu masih belum sedar akan dosa-dosa tersebut, . Sampailah satu masa terfikir,termenung seketika, bercakap dengan diri saya sendiri.. ' Indahnya bila diri ini menutup aurat dengan sempurna. Diri ini akan menjadi lebih mahal..Tidak dipandang oleh lelaki ajnabi,tidak diganggu dan dapat menjaga maruah keluarga.. yang paling penting terhindar dari murka Allah.Tapi.......saya masih belum punya kekuatan..tapi bukankah kekuatan itu perlu dibina?..tapi..mesti keluarga saya pandang pelik dengan perubahan saya, dan mesti ada orang-orang yang akan bercakap-cakap tentang perubahan saya.. tapi diri...bukankah diri ini nak berubah kerana Allah? so,,kenapa perlu hiraukan percakapan dan pandangan negatif manusia...ya...saya perlu berubah'..dan yang paling utama aku harus bertaubat meminta keampunan dari Allah SWT.
Saya pun mengambil keputusan untuk berubah mengikut peringkat ..Yela..diri ini baru ingin memulakan penghijraan ..so, terfikir untuk berubah sedikit-sedikit tetapi berusaha untuk istiqamah.. Saya pun mula memakai baju lengan panjang dan longgar begitu jugak seluar,.Saya tidak lagi memakai seluar ketat,seluar jeans yang boleh menampakkan bentuk kaki atau betis.. Seluar saya dan baju saya dulu saya asing di tempat lain agar tidak terdetik untuk memakainya semula.
Kemudian, saya mula memakai sarung tangan atau hand sock..yela biarpun kita memakai baju lengan panjang tetapi aurat kita terdedah tanpa kita sedar.mencegah itu lebih baik..Saya juga mula memakai sarung kaki.. Saya berusaha istiqamah semua itu...
Selepas itu, saya ditawarkan sambung belajar di salah sebuah kolej matrikulasi selepas saya tamat persekolahan. Di sana saya mula berjumpa dengan pelbagai jenis rakan. Di situlah saya berjumpa dengan pelajar-pelajar muslimah yang bertudung labuh dan menutup aurat dengan sempurna.. Bila melihat mereka, di sebalik hati saya ada sesuatu yang sukar diluahkan. Hati saya menjadi sebak melihat diri ini,mengingati diri yang dulu yang tidak menutup aurat dengan sempurna. Lalu timbul sesuatu keinginan yang kuat dalam diri untuk melabuhkan tudung.. Saya menangis setiap malam meminta petunjuk dan kekuatan dari Allah SWT. .Saya pun mula hijrah kan diri saya, dari memakai tudung saiz S kepada saiz M..kemudian berapa bulan kemudian saya menjadikan tudung bawal saya yang bersaiz M(biasa) itu menjadi saiz yang boleh menutupi dada..Pada masa yang sama saya mula mengumpul tudung-tudung bersaiz labuh...Saya sempat bertanya rakan-rakan saya tentang pandangan mereka jika saya memakai tudung labuh.. Rakan-rakan saya masa itu bukanlah bertudung labuh.. Ada rakan saya yang hanya diam tanpa memberi pandangan dan memberi senyuman yang saya sendiri tidak tahu maksud senyuman itu, ada yg berkata ubah sikit-sikit dulu la..jangan tergesa-gesa.. dan paling saya ingati bila ada rakan saya sendiri yang katakan' terpulang lah,..tapi bagiku..tunggulah bila betul-betul dah sedia' saya pun berkata bahwa saya betul-betul dah bersedia..Dia pun membuat muka yang kurang yakin dan berkata..terpulanglah,,,Tidak tahu kenapa selepas dari itu saya semakin sebak,saya menangis kerana masa itu saya perlu sokongan serta dorongan yang positif...saya terlalu ingin seseorang sahabat yang boleh memberi semangat kepada saya... Tapi tidak ada sesiapa yang mampu memahami...Saya pun tidak putus-putus berdoa dan mengadu pada Allah..
Sampailah pada akhir sem , semasa kertas peperiksaan terakhir.. Buat kali pertamanya saya menguatkan diri menggunakan tudung labuh yang saya simpan .. Pada masa itu semua rakan-rakan memandang saya dengan bermacam-macam bentuk pandangan, ada yang terkejut,ada yang tersenyum, ada juga yang memberi pandangan negatif.. Tapi, saya tidak hiraukan dan saya hanya tersenyum..
Saya jugak terfikir apa nanti pandangan keluarga saya bila saya balik dengan membawa perubahan ini..
Tiba masa di rumah, pada masa tu...keluarga saya membuat satu kenduri di rumah.. Saya masa itu memakai tudung labuh yang pertama sekali saya pakai..yela..masa tu tudung labuh saya tak la banyak mana pun.. Pada masa tu, mak saya melihat saya dengan mungkin pandangan terkejut tapi Alhamdulillah mak tidak memberi pandangan yang negatif, begitu jugak dengan keluarga terdekat yang lain..ayah,kakak-kakak, adik . .Cuma adalah saudara-saudara mara yang lain yang masih memandang hairan dan bertanya macam-macam tentang perubahan saya.. Saya hanya tersenyum dan menjawab soalan mereka.
Tetapi, sesuatu kisah semasa saya mengikut keluarga pulang ke kampung ayah saya.. Di sana lagi banyak dugaan yang saya dapat..yelah.. keluarga sebelah ayah saya ada yang dah memeluk Islam dan masih ada lagi yang non-Muslim.. Saya tahu mesti mereka memandang pelik apabila saya memakai tudung dalam rumah dan tudung sya lebih labuh dari yang biasa.. Tetapi mereka tidak suarakan dan hanya memberi isyarat tersebut melalui pandangan. . Ada jugak seorang mak saudara saya(isteri Ayah saudara) yang bertanya kepada kakak saya,' Dia dah pakai tudung labuh ke?alah.. tak perlu lah dulu kamu bertudung labuh, kamu masih muda'.. ya Allah, terkejut saya bila mendengar itu dari mulut seorang mak saudara saya sendiri.. yang lebih menyedihkan dia adalah seorang yang beragama Islam.. jika dia tahu ajal kita tidak mengira muda atau tua..tidak perlu menunggu tua baru nak bertaubat, kerana Allah tidak pernah menjanjikan ajal kita datang di waktu tua sahaja..Ajal tidaklah menunggu kita untuk bertaubat tapi kitalah yang menunggu ajal dengan bertaubat .. Pertama, sayasedih jugak bila dengar ..kakak sya masa itu tidak faham mengapa saya perlu sedih. Saya sedih kerana yang bercakap itu saudara mara saya sendiri dan paling penting dia adalah saudara seIslam kita.. Tapi, bila saya fikir balik, sesungguhnya dia masih belum mengetahui dan saya berdoa agar dia diberi hidayah untuk menutup aurat dan sedar dengan kesilapan percakapannya. .dan berdoa agar saya diberi kekuatan untuk terus istiqamah.
Saya berasa selesa dengan pemakaian saya sekarang, saya merasa lebih selamat ..dan Alhamdulillah Allah beri saya kekuatan untuk istiqamah samapai sekarang dan berusaha sentiasa ingin hijrah diri ke arah lebih baik dari semasa ke semasa .. Saya sekarang salah seorang pelajar di salah sebuah universiti. .Alhamdulillah, di sini saya mendapat ramai sahabat yang lebih memahami dan mempunyai akhlak terpuji. . Bila kita berusaha menjadi lebih baik, Allah akan menghadirkan orang-orang yang lebih baik disekeliling kita... Sahabat-sahabat saya mengajar serta membawa saya lebih dekat pada Maha Pencipta.. Subhanallah.. Alhamdulillah ..Allahu Akbar.. In Sha Allah, azam ingin berpurdah pula. .kerana kulihat sahabat-sahabatku yang berpurdah dan berniqab lebih terpelihara dirinya serta akhlaknya..ya Allah, permudahkan jalan hambaMu ini menuju redhaMu...
Hidupmu akan berubah menjadi lebih baik, jika kamu bersedia mengubah dirimu terlebih dahulu..;)"
Subhanallah.. itu lah perkongsian dari salah seorang sahabat kita,
Marilah menjadi watak yang lebih baik dari hari ke hari. Kalaupun watak lama kita pernah hitam,teruk, dan keji.Maka berhenti melakonkan watak itu. Hidup ini sebenarnya penuh harapan. Allah sangat cinta pada orang yang selalu membersihkan dirinya.
"Setiap hari kita adalah watak baru:"^^
Ahad, 24 November 2013
Hijrah Diri- Niat Kerana Allah
Assalamualaikum wbt..
Bila ada rasa ingin berubah ... Fikir sejenak..
In Sha Allah.. Wallahu A'lam..
Setiap orang akan ada sedikit terdetik di hati ingin melangkah menjadi lebih baik.. Tetapi semua bergantung kepada kekuatan serta kedisiplinan diri untuk melangkah ke arah itu.. Apa pun, sentiasalah kita minta petunjuk dari Allah SWT..
Jika terdetik sedikit pun dekat hati nak buat baik ..In Sha Allah, Allah SWT akan permudahkan jalan itu. Jangan risau..Tajdidkan niat, ikhlaskan hati, banyakkan istighfar..
Sama-sama kita usahakan selagi waktu masih ada...Aamiin^^
Bila ada rasa ingin berubah ... Fikir sejenak..
- Adakah aku berubah ni ke arah lebih baik atau sebaliknya.Jika ia teruskan..
- Adakah aku berubah ini kerana Allah SWT atau terikut-ikut atau sudah bosan dibebel parents atau desakan orang lain.. Jika kerana Allah SWT..Alhamdulillah..Bersyukurlah kerana anda akan mendapat redha Allah dan akan dipermudahkan segalanya.
- Bolehkah aku istiqamah dalam melakukan... Jika masih ragu-ragu, berubah sikit-sikit dahulu,cuba untuk istiqamahkannya serta paling penting berdoa pada Allah SWT untuk sentiasa diberi petunjuk dan diberi kekuatan untuk istiqamah.
- Kalau aku berubah ni mesti orang lain akan cakap-cakap dan pelik?...Ingat! bila niat kita kerana Allah SWT, apa pun kebaikan kita buat, kita hanya mengharap redha Allah bukan penghargaan dari manusia..so, biasalah jika awal-awal tu ada mulut-mulut yang mengejek tapi ingat niat kita kerana Allah swt..Mintalah supaya Allah kuatkan hati kita dalam menghadapi ejekan-ejekan tersebut.. Sebenarnya itu semua adalah dugaan kita dalam berhijrah. Menguji ketabahan hati kita dalam mengharungi dugaan-dugaan akan datang..
In Sha Allah.. Wallahu A'lam..
Setiap orang akan ada sedikit terdetik di hati ingin melangkah menjadi lebih baik.. Tetapi semua bergantung kepada kekuatan serta kedisiplinan diri untuk melangkah ke arah itu.. Apa pun, sentiasalah kita minta petunjuk dari Allah SWT..
Jika terdetik sedikit pun dekat hati nak buat baik ..In Sha Allah, Allah SWT akan permudahkan jalan itu. Jangan risau..Tajdidkan niat, ikhlaskan hati, banyakkan istighfar..
Sama-sama kita usahakan selagi waktu masih ada...Aamiin^^
Sabtu, 23 November 2013
CINTA DALAM DIAM
Rasa Cinta dan Dicintai Itu Fitrah. Tapi Harus Didasari Dengan Iman.
Assalamualaikum wbt. Hari ini ana nak berkongsi sesuatu yang ana pernah baca dari sebuah blog.
Tatkala jatuh cinta pada seseorang,ikatlah hatimu dengan seerat-eratnya. Simpulkanlah ia dengan simpulan mati yang dapat dibuka saat waktunya tiba.
Sebelum mengorak langkah lebih jauh dengannya,cukuplah cintai dia dalam diam. Kerana diammu adalah bukti cintamu padanya. Kamu ingin memuliakannya dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan terlarang. Kamu enggan mengaibkannya dengan tidak mengajaknya berdua-duaan. Kerana diammu meletakkan sifat malunya di tempat yang sebetulnya. Kerana malu itu penanda aras keimanan di hatinya.
Kerana diammu adalah petanda keikhlasanmu kepadanya. Kamu tidak ingin ia memilihmu lewat rupa parasmu atau manis ayatmu, sebaliknya kerana tulus hatimu.
Kerana diammu adalah keadilanmu. Kamu mana mungkin melanggar hak-hak walinya yang terlebih dahulu mencintai ia tanpa balasan dan alasan. Kerana diammu adalah kekuatanmu yang menguatkan dia. Kamu tidak akan sekali-kali mencari dan menggali titik-titik kelemahan yang ada di hatinya sehingga ia tersungkur dicedera rindu.
Boleh jadi orang yang kamu cintai itu juga adalah orang yang telah ditentukan oleh Allah SWT untukmu. Kerana dalam diammu,tersimpannya kekuatan harapan yang menyalakan keinginanmu, dan memungkinkan Allah SWT memenuhi harapanmu sehingga ianya dapat berbicara di dunia nyata. Bukankah Allah SWT itu Maha Hidup lagi Maha Mendengar?
Sesungguhnya Allah SWT itu malu. Dia malu apabila seseorang hambaNya mengharap kepadaNya, lalu Dia menghampakannya dan meninggalkannya dalam kerugian.
Tapi kiranya kamu telah berusaha berharap sepenuh hati, namun jika dia memang bukan milikmu, moga Allah SWT , merentasi batas-batas waktu menghilangkan 'cinta dalam diammu' itu dan menggantikannya dengan rasa yang lebih indah pada orang yang tepat.
Biarkan cinta dalam diammu itu menjadi memori tersendiri di sudut hatimu yang menjadi rahsia antara dirimu dengan Sang Kekasih Agung!
Kerana diammu tanda tunduknya hatimu pada Sang Kekasih Agung. Sedangkan ikatan rumahtangga yang dimulai tanpa rasa tunduk dan pada syariatNya tidak mungkin diredhaiNya. Dan tidak mungkin akan melahirkan generasi umat yang tunduk patuh padaNya. Kerana diammu adalah bukti cintamu yang agung. Kerana diammu menjaga kesucian dan ketenangan hatinya, menghindar dirinya daripada perkara-perkara yang merosakkan izzah dan iffahnya. Sebelum melakukan sesuatu yang terlarang, cukuplah sekadar mencintai ia dalam diam..
Pelihara rasa itu dalam diam. Cukup sekadar diri kita tahu yang kita disayangi dan menyayangi. Terimalah perasaan itu dan hargainya selagi Allah izinkan..^^

Hidup itu kemungkinan. Mati itu Kepastian.
Assalamualaikum w.b.t ...Alhamdulilllah... Blog pertama ana.. Ana salah seorang yang minat membaca blog jugak.. Alhamdulillah.. Akhirnya dapat buat blog sendiri jugak.. Tapi ana masih banyak tidak tahu tentang dunia blogger ni lg.. Mohon tunjuk ajar dari kalian semua..:) Salam Ukhuwah fillah ^-^
Langgan:
Ulasan (Atom)