Khamis, 28 November 2013

PENGHIJRAANKU.. demi menggapai Mardhatillah

Bilamana aku BERUBAH, dari sejarah kehidupan yang kelam kepada peribadi hari ini yg cerah,janganlah kalian berasa pelik dan ragu-ragu dengan penghijraanku. Jika dirimu masih tidak mampu mempercayaiku, cukuplah Allah sebagai saksi, Yang menghitungku, bukan kamu, dan bukan aku... Tetapi Allah SWT.
Moga amalanku sebagai mujahidah yang banyak kekurangannya ini diterima Allah dan dilaksanakan dengan ikhlas, jauh dari pakaian para munafik dan riak..
 Akulah hamba yang fakir dalam beramal. Tetapi kaya dengan dosa yang tidak terhitung. Terimalah aku ya Rabb, kurniakan Baku jiwa yang ampuh imannya, redhaMU adalah impianku..

Assalamualaikum w.b.t ...In Sha Allah ..hari ini ana nak kongsi satu cerita dari seorang muslimah sebagai dorongan untuk kita lebih bersemangat hijrah diri. .Bukan kerana mengharap pujian dan penghargaan dari manusia ..tapi kerana apa? kerana ALLAH... Redha Allah adalah matlamat kita....
 
"Assalamualaikum.. saya dulu seorang yang tidak menutup aurat dengan sempurna..Saya memakai tudung tetapi tidak labuh menutupi(singkat), saya memakai jeans ketat, saya bertudung tapi memakai baju lengan pendek dan guna handsock, saya bertudung tapi baju kurang longgar, saya brtudung tapi tidak berstokin.. Tetapi diri saya masa itu masih belum sedar akan dosa-dosa tersebut, . Sampailah satu masa terfikir,termenung seketika, bercakap dengan diri saya sendiri.. ' Indahnya bila diri ini menutup aurat dengan sempurna. Diri ini akan menjadi lebih mahal..Tidak dipandang oleh lelaki ajnabi,tidak diganggu dan dapat menjaga maruah keluarga.. yang paling penting terhindar dari murka Allah.Tapi.......saya masih belum punya kekuatan..tapi bukankah kekuatan itu perlu dibina?..tapi..mesti keluarga saya pandang pelik dengan perubahan saya, dan mesti ada orang-orang yang akan bercakap-cakap tentang perubahan saya.. tapi diri...bukankah diri ini nak berubah kerana Allah? so,,kenapa perlu hiraukan percakapan dan pandangan negatif manusia...ya...saya perlu berubah'..dan yang paling utama aku harus bertaubat meminta keampunan dari Allah SWT.
 
Saya pun mengambil keputusan untuk berubah mengikut peringkat ..Yela..diri ini baru ingin memulakan penghijraan ..so, terfikir untuk berubah sedikit-sedikit tetapi berusaha untuk istiqamah.. Saya pun mula memakai baju lengan panjang dan longgar begitu jugak seluar,.Saya tidak lagi memakai seluar ketat,seluar jeans yang boleh menampakkan bentuk kaki atau betis.. Seluar saya dan baju saya dulu saya asing di tempat lain agar tidak terdetik untuk memakainya semula.
 
Kemudian, saya mula memakai sarung tangan atau hand sock..yela biarpun kita memakai baju lengan panjang tetapi aurat kita terdedah tanpa kita sedar.mencegah itu lebih baik..Saya juga mula memakai sarung kaki.. Saya berusaha istiqamah semua itu...
 
Selepas itu, saya ditawarkan sambung belajar di salah sebuah kolej matrikulasi selepas saya tamat persekolahan. Di sana saya mula berjumpa dengan pelbagai jenis rakan. Di situlah saya berjumpa dengan pelajar-pelajar muslimah yang bertudung labuh dan menutup aurat dengan sempurna.. Bila melihat mereka, di sebalik hati saya ada sesuatu yang sukar diluahkan. Hati saya menjadi sebak melihat diri ini,mengingati diri yang dulu yang tidak menutup aurat dengan sempurna. Lalu timbul sesuatu keinginan yang kuat dalam diri untuk melabuhkan tudung.. Saya menangis setiap malam meminta petunjuk dan kekuatan dari Allah SWT. .Saya pun mula hijrah kan diri saya, dari memakai tudung saiz S kepada saiz M..kemudian berapa bulan kemudian saya menjadikan tudung bawal saya yang bersaiz M(biasa) itu menjadi saiz yang boleh menutupi dada..Pada masa yang sama saya mula mengumpul tudung-tudung bersaiz labuh...Saya sempat bertanya rakan-rakan saya tentang pandangan mereka jika saya memakai tudung labuh.. Rakan-rakan saya masa itu bukanlah bertudung labuh.. Ada rakan saya yang hanya diam tanpa memberi pandangan dan memberi senyuman yang saya sendiri tidak tahu maksud senyuman itu, ada yg berkata ubah sikit-sikit dulu la..jangan tergesa-gesa.. dan paling saya ingati bila ada rakan saya sendiri yang katakan' terpulang lah,..tapi bagiku..tunggulah bila betul-betul dah sedia' saya pun berkata bahwa saya betul-betul dah bersedia..Dia pun membuat muka yang kurang yakin dan berkata..terpulanglah,,,Tidak tahu kenapa selepas dari itu saya semakin sebak,saya menangis kerana masa itu saya perlu sokongan serta dorongan yang positif...saya terlalu ingin seseorang sahabat yang boleh memberi semangat kepada saya... Tapi tidak ada sesiapa yang mampu memahami...Saya pun tidak putus-putus berdoa dan mengadu pada Allah..
 
Sampailah pada akhir sem , semasa kertas peperiksaan terakhir.. Buat kali pertamanya saya menguatkan diri menggunakan tudung labuh yang saya simpan .. Pada masa itu semua rakan-rakan memandang saya dengan bermacam-macam bentuk pandangan, ada yang terkejut,ada yang tersenyum, ada juga yang memberi pandangan negatif.. Tapi, saya tidak hiraukan dan saya hanya tersenyum..
Saya jugak terfikir apa nanti pandangan keluarga saya bila saya balik dengan membawa perubahan ini..
 
Tiba masa di rumah, pada masa tu...keluarga saya membuat satu kenduri di rumah.. Saya masa itu memakai tudung labuh yang pertama sekali saya pakai..yela..masa tu tudung labuh saya tak la banyak mana pun.. Pada masa tu, mak saya melihat saya dengan mungkin pandangan terkejut tapi Alhamdulillah mak tidak memberi pandangan yang negatif, begitu jugak dengan keluarga terdekat yang  lain..ayah,kakak-kakak, adik . .Cuma adalah saudara-saudara mara yang lain yang masih memandang hairan dan bertanya macam-macam tentang perubahan saya.. Saya hanya tersenyum dan menjawab soalan mereka.
 
Tetapi, sesuatu kisah semasa saya mengikut keluarga pulang ke kampung ayah saya.. Di sana lagi banyak dugaan yang saya dapat..yelah.. keluarga sebelah ayah saya ada yang dah memeluk Islam dan masih ada lagi yang non-Muslim.. Saya tahu mesti mereka memandang pelik apabila saya memakai tudung dalam rumah dan tudung sya lebih labuh dari yang biasa.. Tetapi mereka tidak suarakan dan hanya memberi isyarat tersebut melalui pandangan. . Ada jugak seorang mak saudara saya(isteri Ayah saudara) yang bertanya kepada kakak saya,' Dia dah pakai tudung labuh ke?alah.. tak perlu lah dulu kamu bertudung labuh, kamu masih muda'.. ya Allah, terkejut saya bila mendengar itu dari  mulut seorang mak saudara saya sendiri.. yang lebih menyedihkan dia adalah seorang yang beragama Islam.. jika dia tahu ajal kita tidak mengira muda atau tua..tidak perlu menunggu tua baru nak bertaubat, kerana Allah tidak pernah menjanjikan ajal kita datang di waktu tua sahaja..Ajal tidaklah menunggu kita untuk bertaubat tapi kitalah yang menunggu ajal dengan bertaubat .. Pertama, sayasedih jugak bila dengar ..kakak sya masa itu tidak faham mengapa saya perlu sedih. Saya sedih kerana yang bercakap itu saudara mara saya sendiri dan paling penting dia adalah saudara seIslam kita.. Tapi, bila saya fikir balik, sesungguhnya dia masih belum mengetahui dan saya berdoa agar dia diberi hidayah untuk menutup aurat dan sedar dengan kesilapan percakapannya. .dan berdoa agar saya diberi kekuatan untuk terus istiqamah.
Saya berasa selesa dengan pemakaian saya sekarang, saya merasa lebih selamat ..dan Alhamdulillah Allah beri saya kekuatan untuk istiqamah samapai sekarang dan berusaha sentiasa ingin hijrah diri ke arah lebih baik dari semasa ke semasa .. Saya sekarang salah seorang pelajar di salah sebuah universiti. .Alhamdulillah, di sini saya mendapat ramai sahabat yang lebih memahami dan mempunyai akhlak terpuji. . Bila kita berusaha menjadi lebih baik, Allah akan menghadirkan orang-orang yang lebih baik disekeliling kita... Sahabat-sahabat saya mengajar serta membawa saya lebih dekat pada Maha Pencipta.. Subhanallah.. Alhamdulillah ..Allahu Akbar.. In Sha Allah, azam ingin berpurdah pula. .kerana kulihat sahabat-sahabatku yang berpurdah dan berniqab lebih terpelihara dirinya serta akhlaknya..ya Allah, permudahkan jalan hambaMu  ini menuju redhaMu...
Hidupmu akan berubah menjadi lebih baik, jika kamu bersedia mengubah dirimu terlebih dahulu..;)"
 
 
Subhanallah.. itu lah perkongsian dari salah seorang sahabat kita,
Marilah menjadi watak yang lebih baik dari hari ke hari. Kalaupun watak lama kita pernah hitam,teruk, dan keji.Maka berhenti melakonkan watak itu. Hidup ini sebenarnya penuh harapan. Allah sangat cinta pada orang yang selalu membersihkan dirinya.
 
"Setiap hari kita adalah watak baru:"^^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan