Bila ada rasa ingin berubah ... Fikir sejenak..
- Adakah aku berubah ni ke arah lebih baik atau sebaliknya.Jika ia teruskan..
- Adakah aku berubah ini kerana Allah SWT atau terikut-ikut atau sudah bosan dibebel parents atau desakan orang lain.. Jika kerana Allah SWT..Alhamdulillah..Bersyukurlah kerana anda akan mendapat redha Allah dan akan dipermudahkan segalanya.
- Bolehkah aku istiqamah dalam melakukan... Jika masih ragu-ragu, berubah sikit-sikit dahulu,cuba untuk istiqamahkannya serta paling penting berdoa pada Allah SWT untuk sentiasa diberi petunjuk dan diberi kekuatan untuk istiqamah.
- Kalau aku berubah ni mesti orang lain akan cakap-cakap dan pelik?...Ingat! bila niat kita kerana Allah SWT, apa pun kebaikan kita buat, kita hanya mengharap redha Allah bukan penghargaan dari manusia..so, biasalah jika awal-awal tu ada mulut-mulut yang mengejek tapi ingat niat kita kerana Allah swt..Mintalah supaya Allah kuatkan hati kita dalam menghadapi ejekan-ejekan tersebut.. Sebenarnya itu semua adalah dugaan kita dalam berhijrah. Menguji ketabahan hati kita dalam mengharungi dugaan-dugaan akan datang..
In Sha Allah.. Wallahu A'lam..
Setiap orang akan ada sedikit terdetik di hati ingin melangkah menjadi lebih baik.. Tetapi semua bergantung kepada kekuatan serta kedisiplinan diri untuk melangkah ke arah itu.. Apa pun, sentiasalah kita minta petunjuk dari Allah SWT..
Jika terdetik sedikit pun dekat hati nak buat baik ..In Sha Allah, Allah SWT akan permudahkan jalan itu. Jangan risau..Tajdidkan niat, ikhlaskan hati, banyakkan istighfar..
Sama-sama kita usahakan selagi waktu masih ada...Aamiin^^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan