Jumaat, 29 November 2013

Mama... Papa... Anakmu Merinduimu..

Aku termenung sendirian.. aku mengingati waktu-waktu indah bersamanya.. aku tersenyum..namun dalam diri hati menangis, sebak..ma..pa...kak su rindukanmu..
Ma..kasih sayangmu tidak ternilai terhadap anakmu.. Kasih sayang dan cintamu telah hadir sejak aku masih belum melihat dunia, disaat aku masih di dalam perutmu lagi, kau telah memberi kasih sayangmu terhadapku walau kita belum bertemu muka.
Pa.. pengorbanan mu serta keprihatinanmu terhadap anak-anakmu sungguh membuatku kagum terhadapmu. Kau membesarkan anakmu dengan ketegasan namun dialasi dengan kasih sayangmu..

 
Teringat kembali ketikaku masih di usia kanak-kanak..
Mama selalu melayan karenah tanpa jemu.. Teringat mama yang menyuapkanku, memandikanku, membersihkan pakaianku, mengajarku membaca, menyediakan sarapan dan setiap hari untukku, . Di saat aku bersikap cerewet, mama sabar melayanku, .Teringat sewaktu sekolah tadika,KAFA, dan di waktu sekolah rendah,Setiap hari ke sekolah , mama telah siapkan pakaian yang bersih dan kemas yang siap bergosok untukku..Kata mama "mama tak mahu biarkan anak-anak mama nampak selekeh, mama mahu anak-anak mama sentiasa bersih"..mama menyikat rambutku dengan kemas mengikut kesukaanku, mama memakaikanku tudung, Sungguh, mama melayanku seperti seorang puteri.. ya.. memang aku puteri mama yang sangat cintakan mama dan mama adalah permaisuriku. Mama dulu suka menghadiahkan aku dengan bermacam-macam jika aku mendapat tempat top 3 di kelas.. banyak dari hadiah mama ialah buku sebab mama tahu aku minat membaca..tapi hadiah yang aku ingat sekali ialah telekung pertama mama hadiahkan hasil jahitan mama sendiri. Hati kanak-kanak ku seronok sangat pada masa itu. Telekung itulah yang kubawa ke mana-mana, ke sekolah, ke KAFA.. tapi sekarang confirm sangat dah tak muat ..hehe
Bila aku sakit, mama lah orang yang akan menjagaku. Teringat kembali, bila penyakit asmaku datang, mama lah orang yang tidak tidur menjagaku.. mama sanggup berjaga untuk memastikan aku tidur dengan selesa. mama akan tidur di tepiku sambil memastikan aku bernafas dengan baik.. Kini, aku jauh dari mama,. bilamana aku sakit , mama tidak ada disampingku,aku rindu belaian mama tapi bila mendengar suara mama di telefon,sakitku terasa hilang. Baru-baru ini Allah mengujiku dengan demam dan sakit-sakit tulang yang membuatku sukar berdiri. Tidak selera makan, tapi satu resepi yang membuatku rindu hendak makan yang membuatku berselera hendak makan...apa? BUBUR MAMA:).. Tapi mama aku duk jauh dari mama;(.. Aku pun gagahkan jua berdiri walau terasa ingin jatuh.. aku masak bubur sendiri.. bubur siap dan aku pun makan...tapi...biarpun masak bubur ni simple tapi tak sama rasanya dengan bubur mama yang penuh dengan perisa kasih sayang. .Dengan rasa lemah ku suapkan juga bubur yang kumasak ke mulutku, tapi tiba-tiba kusedari airmataku mengalir..'ma, kak su rindu. masakan kak su tidak sesedap masakan mama'. .Aku menolak kembali pingganku ke tepi.
Terlalu banyak mama telah korbankan untuk aku.. Mama selalu memujuk, memberi semangat untukku serta memberi dorongan di saat aku tidak yakin dengan diri sendiri. ma....:(
 
Papa pula tidak jemu menasihati anak-anaknya, . tidak jemu memberi semangat untukku.. Teringat juga , papa lah yang menjadi 'cikgu' di rumah buatku.. Dia mengajar mengenal huruf ABC, membaca dan menulis.. dulu, papa akan memanggil kami sorang2 untuk membaca(hafal) sifir di depannya. .Papa juga akan memeriksa kerja-kerja sekolah kami, setiap kali kami ujian atau peperiksaan di sekolah,kertas yang telah ditanda dan diberi markah oleh guru, mesti diberi kepada papa di rumah untuk papa lihat. papa memang akan memarahi bila mendapat markah rendah .. Tapi kutahu disamping ketegasan papa itu ialah kasih sayangnya yang ingin melihat anaknya berjaya.
Papa selalu memberi aku kekuatan bilamana aku melihat wajahnya. Aku dapat rasa penat lelah papa untuk mencari rezeki untuk kami. Tekadang aku melihat keletihan, peluh di wajahnya serta kesedihan papa dari matanya. Papa selau memberi semangat kepadaku.. Walau aku gagal mencapai targetku, papa lah yang memberi aku semangat agar tidak berputus asa. . Dia takkan biarkan aku terus kecewa. malah dia akan menyalakan lagi semangatku.pa...;(
 
Ya Allah,
Kau ampunilah dosa-sosaku,
Kau ampunilah dosa kedua ibu bapaku,
Kasihilah mereka sepertimana mereka mengasihiku dan menyanyangiku waktu kecilku.
Aamiin..
 
pa,ma....Andainya anakmu tidak berjaya di dunia.. Tetapi ingatlah.. anakmu akan berusaha menjadi anak solehah yang sentiasa mendoakan mama dan papa.. Anak mu akan berusaha mencapai kejayaan Akhirat .. in Sha Allah.. doakan anakmu... Semoga anak-anakmu akan sentiasa menjadi penyejuk mata dan penawar resah hatimu.. .Aamiin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan